Thursday, 8 June 2017

Mr Viralicious

Kelebihan Solat Sunat Laiatul Qadar Yang Ramai Tak Tahu. Jom Amalkan

loading...



Rasulullah SAW bersabda: “Pada saat berlakunya Lailatul Qadar itu, malam terasa jernih, terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan.” (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi).
.
Pada malam Lailatul Qadar disunat dan digalakkan meraih waktu mustajab ini dengan memperbanyakkan doa. Walau bagaimanapun, diharuskan mendirikan Solat Sunat Lailatul Qadar, apabila dirasakan telah tibanya ‘Lailatul Qadar’ iaitu sesudah selesai membaca segala doa yang disarankan.
.
Solat ini adalah sebagai tanda syukur seorang hamba kepada Yang Maha Khalik, disamping memohon untuk mendapatkan keredhaan dan syurga-Nya.
.
.

Cara Melaksanakan Solat Lailatul Qadar

.
Solat Sunat Lailatul Qadar dilakukan sebanyak empat rakaat dengan satu salam, sepertimana solat Zuhur atau Isyak, cuma berbeza pada niatnya sahaja.
.
1.      Niatnya:
.
.
2.      Pada setiap rakaat selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca surah:
1.  Al-Takatsur    1  kali
2.  Al-Ikhlas       3  kali.
.
.
3.      Selepas memberi salam baca doa;
.
Rasulullah SAW bersabda: Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredhaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).
.
Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar (bertepatan dengan malam Qadar), maka apa yang aku perlu buat?
Baginda menjawab: Bacalah:

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى.

“Allahumma innaka ‘afuwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni wagh’firli”
Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun. Maka ampunilah dan lindungilah diriku.

Sumber :shafiqolbu


via Bin Usrah