Thursday, 8 June 2017

Mr Viralicious

'Tolong educate diri sebelum pergi shopping' - Teguran untuk kaki shopper yang tak beradab

loading...


Sesetengah orang, mereka faham tentang adab bila bershopping di premis pakaian. Iyalah, dalam hati kita tak nak menyusahkan kakitangan yang dah lipat dan kemaskan pakaian untuk memudahkan pelanggannya. 

Tetapi ada segelintir manusia yang tak faham dan tak peduli, dihamburnya pakaian yang telah disusun elok-elok. Bila dah tak suka, dilonggok atau ditinggalkan pula di situ. Di mana adab? Beginikah perangai mereka bila di rumah? Usahlah begitu, kita mudahkan kerja orang, orang mudahkan kerja kita. Itu prinsip yang kita perlu pegang dan amalkan. 

Seperti yang diceritakan oleh Farah Amin, geleng kepala tengok perangai segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab ini. 

SAYA TAHU H&M tengah buat sales gila-gila. Tetapi kalau korang pergi shopping tu, jadilah pelanggan yang berhemah sikit. 

Saya pergi H&M tadi, ya Allah, kasihan wey. Memang dah nama pun kerja dia tetapi fikirlah juga yang staff itu pun manusia, puasa lagi. Sama seperti kita. Bukan binatang yang nak dipanggil "woi-woi tolong ambil baju". 

Tak cukup tangan budak itu nak layan orang ini, orang itu. Semua tak reti bersabar. Kalau dah nampak macam itu punya ramai manusia, tolong bertimbang rasa. Self service ataupun bersabarlah seketika. Staff mesti akan tolong. Nak bayar pun tolonglah beratur. 

Reminder untuk ibu bapa yang nak shopping barang-barang anak: 

Fitting room ada, pergilah cuba. Ini tidak, dicuba pula di tempat itu terus dah satu hal. Selepas itu bila tak nak, tinggalkan di lantai begitu saja seperti. Dah jadi ibu bapa, takkan tak boleh fikir adab? 





Bila staff kerek ke, tak ada mood ke, dimarah pula staff itu. Padahal orang itu dah penat-penat kemas elok-elok untuk memudahkan semua pelanggannya nak bershopping. Tetapi segelintir pelanggan shopping macam tak ada akal. 

Sabar, takkan hilang pun H&M itu. Tak sempat hari ini, esok datanglah lagi. Rasa malas nak beratur sebab sangat orang di fitting room? Beli dulu, balik rumah, cuba. Kalau tak sesuai, boleh tukar. H&M ada exchange and return policy. Boleh baca di website H&M. 

Tolong educate diri sebelum pergi shopping. Umum tahu mall tutup jam 10 malam. Janganlah datang jam 10 malam. Staff pun ada rumah nak balik makan, mandi dan rehat. Tak kisahlah mana-mana pun nak shopping selain dari H&M, tetapi tolong jaga adab. 

Sumber: Farah Amin