Wednesday, 12 July 2017

Mr Viralicious

'Dia rentap perut dan cuba melanggar saya dengan sengaja' - mangsa

loading...


Tidak tahan dengan bunyi bising enjin kenderaan seorang lelaki yang menyebabkan bayinya terkejut dan menangis, seorang wanita mengambil keputusan untuk keluar dan menegur pemilik kereta terbabit. 

Pada awalnya, Nur Dhila, yang dalam tempoh berpantang itu cuba menegur lelaki itu secara baik. Bagaimanapun, lelaki itu berkata, suka hati dia nak buat apa, lalu menekan pedal minyak keretanya menyebabkan suasana kejiranan itu terganggu. 

Nur Dhila sekali lagi cuba meminta lelaki itu berhenti mengulangi perbuatannya itu, namun 'dihadiahkan' jari kesebelas, sebelum cuba merampas telefon bimbit Nur Dhila sebaik saja menyedari dirinya dirakam. 


Berikut perkongsian dari Nur Dhila mengenai kejadian awal pagi semalam:

Masih ada lagi lelaki bacul pukul perempuan dan sayalah perempuan yang kena pukul itu. Saya masih berpantang bersalin secara caesarian, sampai sekarang perut saya rasa sakit kena rentap.

Perut saya direntap dan lelaki ini memang berniat mahu melanggar saya dengan keretanya kerana tidak puas hati bila ditegur. 

Kejadian berlaku pada jam 1.05 - 1.30 pagi 11 Julai 2017, bila pelaku membuat bising (ramp) di luar rumah, selang sebuah rumah dari rumah saya menyebabkan bayi saya, Aqeel, menangis tak berhenti-henti kerana terperanjat dengan bunyi bising dari kereta lelaki itu. 

Ibu mana yang tahan tengok anak dah 20 minit terkejut-kejut. Badan anak tersentak-sentak, terenjat-renjat dan menangis tak henti-henti sebab terkejut. 


Saya pun tegur lelaki itu sebanyak dua kali dari perkarangan rumah. Tetapi lelaki itu tidak puas hati, malah semakin menjadi-jadi. Dia ramp enjin keretanya dengan lebih kuat tanpa henti. 

Setelah 20 minit berlarutan bunyi bising keretanya itu, anak saya menangis semakin kuat sebab terkejut. Saya pun keluar dari rumah untuk menegur secara baik dan menyuruh dia 'settle' secara baik kalau dia ada masalah dengan jiran saya. Bukannya dengan cara membuat bising di malam-malam buta. 

Malangnya lelaki itu berang lalu memaki hamun dan mencarut pada saya. Gaya percakapannya seperti orang 'lalok' saja. 

"Ingatkan bolehlah cakap baik-baik sebab memang saya cakap pada dia, 'kalau ada masalah dengan jiran saya, pergilah settle baik-baik. Jangan buat bising begini, ganggu orang nak tidur'. Tetapi dia boleh pula kata suka hati dia nak buat apa."

Akibat keadaan menjadi semakin tegang, lelaki itu mula mengugut saya. Saya pun rakam perbuatan dia. Tidak puas hati dengan tindakan saya merakam dirinya, lelaki itu cuba merampas telefon saya. Gagal berbuat demikian, dia merentap perut saya dan berkata mahu melanggar saya. 


Nasib baik saya sempat mengelak dan berundur ke belakang. Jika tidak, sudah tentu masuk ke hospital jawabnya. 

Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit juga mengugut untuk mencederakan saya di kemudian hari. 

Jiran saya boleh kata dia tidak dengar jeritan saya meminta tolong. Padahal jiran di rumah hujung boleh dengar bunyi bising-bising di luar pada malam kejadian. 


Biar video dan laporan polis yang saya buat ini menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. 

Saya baru balik dari buat pemeriksaan perubatan. Perut masih terasa senak kena rentap. Hari ini, bentan seharian disebabkan kejadian yang tidak guna ini. Terpaksa berjalan tunduk pegang perut saya dibuatnya. 

Sumber: Nur Dhila

Video kejadian yang dimuat naik di Facebook sejak jam 6 petang semalam telah ditonton sebanyak 1.7 juta kali, dan dikongsi, lebih 17,000 penggunanya yang mendesak pihak polis mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan itu yang jelas sekali berniat mahu mencederakan mangsa.