Wednesday, 12 July 2017

Mr Viralicious

Rugi RM30,000 majlis pernikahan dibatalkan, lelaki saman bekas tunang

loading...


KUALA LUMPUR - Tinggal 21 hari lagi majlis perkahwinan berlangsung, seorang pereka bentuk dalaman terpaksa melupakan hasratnya berumah tangga apabila tunangnya telah meninggalkannya. 

Kisah mengenai mahligai impian Ezrin, 28, yang musnah pernah disiarkan Harian Metro pada 2 Januari lalu, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki itu. 

Difahamkan, Ezrin dan tunangnya itu bertunang pada 9 Julai 2016 dan dijadual mengadakan majlis pernikahan pada 21 Januari 2017. 

Malangnya pada 18 November, wanita itu menyatakan hasrat mahu memutuskan hubungan mereka. Ezrin cuba memujuk wanita itu namun gagal dan secara rasminya mereka sudah tiada apa-apa hubungan secara rasminya sejak 31 Disember. 


Apa yang mengecewakan Ezrin pada masa itu, segala persiapan perkahwinan telah dibuat. Namun tidak menyangka impiannya untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita itu musnah begitu sahaja. 

"Separuh kad kahwin sudah dicetak, dewan sudah ditempah, cenderamata sudah disediakan, hantaran sudah siap, pakaian dan katering semua sudah ada membabitkan kos RM30,000," katanya seperti yang disiarkan Harian Metro

Dalam laporan itu, Ezrin merancang mahu mengambil tindakan terhadap wanita itu dan 9 Julai iaitu Ahad lalu, Ezrin melalui Twitternya memuat naik gambar wanita berkenaan. 

"Setahun yang lalu kita berjanji untuk bersama. Namun hakikatnya kau mungkir. Kau sakiti aku, kau duakan aku. 

"Esok saya akan pergi ke mahkamah bagi sebutan kes putus tunang untuk perbicaraan tuntutan ganti rugi. Lelaki pun ada hak dan maruah. 


"Susah sangat ke nak mengaku? Perlu ke play victim? Jumpa lagi di mahkamah nanti. Bukan nak minta simpati korang, aku nak beritahu yang lelaki pun ada hak dan maruah. Redha? Ye aku redha tetapi aku saman ex aku," tulisnya di Twitter.