Friday, 7 July 2017

Mr Viralicious

Terkejut tengok bateri jam dalam hidung anak

loading...


Ibu bapa yang mempunyai anak kecil selalu diingatkan agar kerap memantau pergerakan anak-anak biarpun dalam rumah. Ini kerana bimbang mereka akan melakukan sesuatu di luar jangkaan. Seperti yang berlaku pada Puan Deq Mi di mana hidung anaknya dimasuki bateri jam. 

Ibu bapa di luar sana, tolong awasi dan jaga anak-anak kita terutamanya kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Ini bateri jam yang baru dikeluarkan dari hidung anak saya.

Saya baru saja perasan ada benda di dalam hidung dia sebab ada keluar nanah dan darah beku pada hari Jumaat yang lalu. Dia tak ada merengek sakit, tak ada bengkak atau merah di hidung. Memang tiada tanda-tanda yang menunjukkan ada benda di dalam hidungnya itu. 

Saya bawa anak pergi ke klinik pada hari Sabtu. Pihak klinik pula suruh saya pergi ke hospital. Jadi, hari ini (3 Julai) bawa anak pergi jumpa pakar hidung. 



Bila mereka periksa, kelihatan seperti ada batu dalam hidung. Jadi, doktor cuba korek tetapi benda itu tak dapat keluar lalu dibawa untuk pergi buat x-ray dan ternampaklah ada benda bulat. Doktor kata, mungkin bateri jam.

Alhamdulillah. Tengah saya berbincang dengan doktor nak buat pembedahan, tiba-tiba anak muntah keluar bateri dan darah dari mulutnya. Jadi, tak perlu buat pembedahan. 




Sekarang ini, dia kena berpuasa sebab malam nanti kena masuk Dewan Bedah untuk cuci kuman dalam hidung. Ini kerana bateri itu dah lama berada di dalma hidungnya. Bateri pun dah karat dan cecair di dalam bateri pun sudah keluar. Kalau lambat, doktor kata hidung anak boleh berlubang disebabkan kuman. 

Jadi saya dengan rendah hati ingin memohon jasa baik sahabat-sahabat tolong doakan tiada sebarang jangkitan kuman dalam hidung anak saya dan semoga dipermudahkan segala urusan anak saya. Semoga semuanya berjalan lancar.